Ahad, 7 Oktober 2012

Tuntunan budi pekerti.... 

Kegembiraan dan kebahagiaan
yang sesungguhnya 
merupakan sesuatu yang berharga
Jika seseorang tidak bertahan hidup,
tidak ada kegembiraan  dan
 kebahagiaan yang dapat diperoleh.

Mencuba untuk bertahan di dalam 
masyarakat yang kacau bilau, tidak jujur dan
yang ada pada umumnya amoral sulit.

Individu atau kelompok manapun ingin
mendapat segala kesenangan yang dapat
diperoleh dan kebebasan dari penderitaan.

Ketahanan hidup Anda sendiri bisa 
terancam oleh tindakan buruk
orang lain sekitar Anda.

Kebahagiaan Anda dapat berubah menjadi
trgedi dan penderitaan akibat ketidakjujuran
dan perbutan jahat orang lain.

Saya yakin Anda dapat memikirkan 
contoh-contoh nyata. Kesalahan-kesalahan 
seperti itu dapat mengurangi ketahanan hidup
 seseorang dan merosak kebehagiannya.

Anda penting bagi orang lain. Anda didengarkan.
Anda bisa mempengaruhi orang lain.

Kebahagiaan atau ketidakbahagiaan orang
lain yang dapat Anda sebutkan namanya
penting untuk Anda.

Walaupun tidak ada orang yang dapat
menjamin bahwa semua orang dapat 
berbahagia, kesempatan mereka untuk 
bertahan hidup dan bahagia bisa ditingkatkan.
Dan dengan demikian, kebahagiaan Anda pun 
dapat pula ditingkatkan.
  
Ditangan Andalah adanya kekutan untuk
menunjukkan jalan yang lebih aman dan
 kehidupan yang lebih bahagia... 











Sabtu, 19 Mei 2012

                      HaRi BahaGia Ayah dan Ibu...^_____^

hai kawan-kawan, berjumpa lagi dalam memori lalu...
dalam setiap perkahwinan mesti ade tarikh yang bersejarah dalam hidup contohnya, apabila melahirkan cahaya mata yang pertama dan seterusnya, ulangtahun perkahwinan,.....
tapi, tarikh ulang tahun perkahwinan adalah tarikh yang paling diingat dalam sebuah perkahwinan...
betul ke tidak saya tak tahu, sebabnya saya pon tak kawin lagi heheheh...
sempena ulang tahun perkahwinan ayah dan ibu yang tak lame lagi iaitu 3 jun, bulan depan kot...
tak tau lagi nak bagi hadiah ape emmm...
di kesempatan ini faha nak cite sikit mengenai
Sejarah percintaan baginda Nabi Muhammad saw dengan Siti Khadijah telah banyak memberikan inspirasi kepada umatnya.
Dengan mengikuti, memahami dan menghayati kisah cinta baginda, kita dapat pelajari banyak perkara yang akan menjadi sumber kekuatan kita dalam melayari hidup sebagai hamba-Nya. Antara pengajaran besar yang dapat kita pelajari ialah...
  1. Bagaimana Siti Khadijah menjaga maruah diri dan memartabatkan dirinya dengan menjadi usahawan yang berjaya. Gambaran ini jelas menunjukkan bahawa wanita seharusnya berusaha menjadi insan yang dihormati dan berjaya dalam kehidupannya. Siti Khadijah tidak bergantung kepada orang lain untuk mendokong dirinya tetapi kepada perniagaan yang dibinanya sendiri.
  2. Meskipun Siti Khadijah seorang yang baik hati dan rupawan,  beliau juga pernah diceraikan suaminya. Kenapa Allah memilih wanita bergelar janda ini sebagai isteri kepada manusia no.1 paling hebat di dunia dan akhirat? Tentulah ada hikmah disebaliknya. Ramai janda yang merasa hina dan malu dengan statusnya tetapi Allah telah lama memuliakan mereka dengan kisah percintaan dua insan hebat ini.
  3. Jika seandainya wanita hari ini punyai rupa, harta dan kekuatan pada bangsanya maka Siti Khadijah terlebih dahulu memiliki semua itu. Beliau sering dilamar oleh pembesar Quraisy yang sanggup membayar berapa pun mas kahwin yang diminta tetapi Khadijah menolaknya dengan halus dan baik. Beliau bukan seorang yang gilakan harta.
  4. Siti Khadijah melamar Rasulullah. Sejarah ini sering dijadikan hujah oleh para ulama dan ustaz yang ingin memperbetulkan kesalahan tanggapan masyarakat yang menyatakan wanita tidak boleh melamar lelaki. Seperti kata peribahasa melayu ‘Mustahil perigi mencari timba!’. Hal ini tidak benar. Jika kamu menemui seorang lelaki yang soleh dan terbuka hati untuk mempersuamikannya, maka segeralah melamarnya sebelum terlewat.
  5. Rasulullah tidak berharta tetapi berakhlak mulia, amanah, taat dan punyai kehormatan diri yang tinggi. Sejarah ini menggambarkan kepada kita bahawa tidak semestinya lelaki yang tidak berharta itu hina berbanding lelaki kaya. Mulia pada hakikat sebenar terletak pada akhlak dan agama seseorang. Namun itu bukan bermaksud lelaki perlu menjadi miskin untuk menjadi semulia Rasulullah. Kita perlu berusaha, dan rezeki itu ditangan Allah.
Banyak lagi sebenarnya perkara yang boleh kita diceritakan tentang sejarah kisah cinta 2 insan agung ini. Bagaimanapun cukuplah setakat ini sahaja coretan memori lalu untuk kali ini. Semoga coretan faha pada kali ini kan memberi manfaat pada anda semua....





ini gambar ayah dan ibu yang tersayang  masa ulangtahun perkahwinan yang ke 21 diaorang tahun lepas...
ni jew yang faha n adik2  mampu nak sambut...
tapi tahun ni x tau lagi nak wat suprise ape...
semoga perkahwinan ayah dan ibu berkekalan hingga ke akhirnya...AMIN!! ^____^






Rabu, 2 Mei 2012

    


SAHABAT LAMA KU......^______^


Assalamualaikum...
lama kot dah tak update my blog...
Dikesempatan masa yang terluang nie, nak cerita la something...
Tengah duduk-duduk kat kafe lepas makan tadi...
Tetiba teringat kat kawan -kawan lama...
Ape cite la diaorang sekarang...
Masing-masing sibuk kot...
Banyak kenangan ngan kawan-kawan...
Yewlaaa, faha dok asrama dari form 1...
Adew masalah cerita ngan kawan-kawan...
So , susah senang sama-sama, family pulak jauh...
Sedih sama-sama, suka sama-sama...
Pergi makan sama-sama...
Pergi semayang sama-sama...
Da macam adik -beradik, kitaorang dulu...
Rindu pulak kenangan sekolah dulu...
Kenangan yang paling tak boleh lupa masa form 5...
Masa tu nak amik SPM, memang seronok laaaa...
Kita orang je yang tinggal kat asrama...
Ape lagi berpesta laaa, banyak kali kot ustazah sound, babnye bising...
Dengan radionye, walkman nye, enset jangan cakap laa....
Bersepah orang bawak, pandai la nak hidup...
Memang nakal laa dulu, tapi walaupun kita orang nakal...
Tapi bila study, serious sangat....
Takut kot nak tegur...heheheh.....
Nak sebut sikit nama-nama kawan dulu...
Hafsah, Farhana, Sakinah, Tengku, Hanifah,Ezzah,Husna,Rabiatul ramai lagi laaa...
Sowy laaa, kalu faha tak mention nama korang...
 Sekejap je masa berlalu...
Semuanya tinggal kenangan...

-fRiEnDsHiP FoReVer-


Ema n hafsah

                                                  gAmBaR nI kAt kuLLiaH, PEKAN...
                                                   HARI KONVOKESYEN STAM 2011...
                                             



Farhana, Husna n Hafsah....

nie gambar candid...
tu yang terkejut tu , hehehehe....

 
                                                      nie farha n farhana....:)

sAhAbAt

sAhAbAt yAnG bAik aDaLah saHaBat yAng bEraNi mEmBetulkan kiTa keEika kita bErbUat keSalaHan seHinGga kIta tiDak haNyut di daLam keSalaHan dAn doSa.
SahaBat seJati aKan meluRusKan jaLan keTika kiTa keHilaNgan aRah dAn tIDak aKan mEninGgAlkan kita dAlaM sUkA, aPaLaGi dAlaM dUka.
bErSaHaBaT dEnGan seOrAng yAnG jUjuR aKan mEmBuAt sEseOraNg iTu seNanTiasa terPeliHara keJujuRaNnya.
======
Terima kasih buat sahabat-sahabatku yang berakhlak mulia dan telah menepati kata-kata itu. ^______^
  
cArIlAh sErIbU SaHaBaT dAlAm pErGauLAn,
kErAnA SeRiBu sAhAbAt bElUmlAh BaNyAk,
jAuHilAh sEoRaNg MuSuH ,
kEraNa mUsUh yAnG sEoRnG ItU sUdAH LeBiH dArIpAdA bAnYaK....

-LUKMAN HAKIM-

sekian dari faha...
jumpa lagi...^_____^





Rabu, 11 April 2012

cIkGu sAyANg kAmU SeMuA....^____^


hai....
da lama faha tak update , ryndu la palk kat blog nie...
kesempatan waktu yang terluang ni , nak cite la ckit sal memori lalu...
maklumlaaa , tajuk blog pon memori lalu, so kenew laaa mengimbas kenangan lama...
kali ini nak cerita sal ape ek....???
haaaa....!!! da tau daaaa....
nak citew sal anak murid faha laaa...
anak murid...????
mestilaaa... tapi cikgu taska jew...
anak murid faha semua skali adew 30 orang, cikgu adew 5...
sorang cikgu kene handal 6 orang budak...
6 orang pon da pening...
faha ni sebenarnya bukan la suka sangat kat budak -budak nie...
tapi nak cari pengalaman...
lagipun ibu yang suruh...hehhehhe...
anak mithali la katakan...
kerja laaaa... start kejew bln 1 2011...
macam -macam laa yang da faha blaja...
masuk kejew kol 7 ,blik kol 6...
memang penat, tapi best...
tak kenal maka tak cinta...hehhehe
main sama - sama, tidur sama- sama...
 makin lama , makin sayang..




ni nama dia wawa , macam ank cina , tapi dia melayu tau...
 ^___^





fesyen show kat Pantai Teluk Chempedak, Kuantan....



ni la ragam anak murid faha , melawa sakan...
kalah cikgu dia...^__^



tu gambar budak -budak 4 , 5, 6 tahun...^___^



ni plak budak - budak 1, 2, 3 tahun...

akmal n nayli....^___^




nie zafran n amalin...^__^



ni cikgu hafsah (my best friend) ngan wawa , akim , nabila n nabiha...^____^

ni serba sedikit tengtang pengalaman faha kat Taska Sri Suria, Kuantan...
kerja pon tak lama, sampai bulan 7...
pastu dapat tawaran u...
walaupon diaorang masih kecil, tanpa mereka dunia tak kan ceria...
dengan kehadiran diaorang, menyerikan lagi hidup faha...
so , sampai disini dahulu memori lalu...
jumpe lagi pada memori lalu akan datang...
kalu nak tahu apew lagi memori lalu faha , jangan lupa follow...
heheheh...
sekian...^_____^











Rabu, 28 Mac 2012


-pEnGhaRgAAn SeLePas pEmErGiAaN-

P. Ramlee telah kembali ke Rahmatullah pada pagi Selasa 29 Mei 1973  ketika berusia 44 tahun dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang Kuala Lumpur .  Bagi mengenang jasa dan sumbangannya, Allahyarham telah dianugerahkan Bintang Kebesaran Darjah Panglima Setia Mahkota oleh Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong pada tahun 1990 yang membawa gelaran Tan Sri. Selain itu rumah terakhir beliau di Jalan Dedap, Setapak telah diubahsuai dan dijadikan sebagai "Pustaka Peringatan P Ramlee" pada tahun 1986. Manakala di tengah pusat bandar raya Kuala Lumpur namanya turut diabadikan pada sebatang jalan iaitu Jalan P.Ramlee (dahulunya Jalan Parry) pada tahun 1982. Di Kuching juga ada sebatang jalan yg dinamakan Jalan P.Ramlee. Beliau turut mendapat penghargaan doktor falsafah dalam bidang seni persembahan pada tahun 2005 yang membawa gelaran "doktor". Beliau juga diberi penghormatan oleh Kerajaan Negeri Sarawak,dengan penganugerahan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak "Datuk Amar Bintang Kenyalang" (Posthumous) (DA (P)) pada 2009.Anugerah tersebut telah disampaikan kepada anak angkat beliau,iaitu           Dian P.Ramlee.....

Kemudian, sempena 50 tahun kemerdekaan Malaysia  iaitu pada tahun 2007, P. Ramlee telah terpilih sebagai 10 calon terakhir bagi program "Anak Gemilang Malaysia" yang mengiktiraf rakyat Malaysia yang banyak memberi sumbangan kepada negara dan kejayaannya menaikkan nama negara di mata dunia.
Pada tahun yang sama, kisah hidup beliau juga telah dipentaskan dalam satu pementasan teater muzikal dengan tajuk "P.ramlee The Musical... Hidup, Cinta and Inspirasi"  

inilah antara penghargaan yang diberikan kepada Allahyarham Tan Sri P.ramlee diatas jasa dan sumbangan ynag diberiakn dalam bidang perfileman Malaysia...

Ahad, 18 Mac 2012

:: blog ku kali ini akan menceritakan perjalanan  seni beliau ::
selamat membaca^____^


Bermula dengan bermain Ukelele , P. Ramlee beralih kepada gitar dan biola di bawah bimbingan Encik Kamaruddin (pemimpin brass band di Penang Free School). Beliau menyertai Orkes Teruna Sekampung dan kemudian Sinaran Bintang Sore. Beliau pernah menjadi juara nyanyian anjuran Radio Pulau Pinang pada tahun 1947 dan terpilih sebagai Bintang Penyanyi Utama Malaya. Dalam pertandingan itu, beliau menggunakan huruf "P" (bagi Puteh) di awal namanya dan kekallah nama P. Ramlee itu hingga ke akhir hayatnya.

Filem pertama lakonan P.Ramlee adalah "Chinta" pada tahun 1948. Beliau memegang peranan sebagai penjahat dan nyanyian latar. Kejayaannya terus berkembang dan telah berjaya berlakon di dalam 27 buah filem di antara tahun 1948 hingga 1955. Salah seorang pendorong dan guru P. Ramlee dalam dunia perfileman Melayu adalah Datuk L. Krishnan (Pengarah filem Melayu tahun 50-an dan 60-an yang terkenal). Gaya lakonan P. Ramlee yang amat berjaya itu adalah hasil inspirasi P. Ramlee daripada dua pelakon terkenal India Selatan iait MGR dan Sivaji Ganesan Filem terakhir lakonan beliau ialah "Laksamana Do Re Mi" pada tahun 1972 dan lagu dan lirik terakhirnya adalah "Ayer Mata Di Kuala Lumpur" pada tahun 1973 sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya.

Berikut merupakan senarai anugerah yang terlibat dengan beliau dan karya beliau sepanjang hidup beliau.

1945
  • Pertandingan Nyanyian Radio Pulau Pinang Malaya
"Tempat ke-3" - P. Ramlee

1946
  • Pertandingan Nyanyian Keroncong Pulau Pinang
"Tempat Pertama" - P.Ramlee dan Pancaragam Keroncong Pemuda Indonesia
  • Pertandingan Nyanyian Radio Pulau Pinang Malaya
"Tempat ke-2" - P.Ramlee
1947
  • Pertandingan Nyanyian Radio Pulau Pinang Malaya
"Tempat pertama" - P.Ramlee
1951
  • Majalah Filem Raya Malaya
"Bintang Pujaan Malaya and Indonesia" - P.Ramlee
1952
  • Majalah Filem Raya Malaya
"Pelakon Terbaik" - P.Ramlee
"Filem Terbaik" - Antara Senyum Dan Tangis
"Filem Kegemaran" - Juwita
1953
  • Majalah Filem Raya Malaya
"Filem Terbaik" - Hujan Panas
"Pelakon Terbaik" - P.Ramlee
"Filem Kegemaran Malaya" - Antara Senyum Dan Tangis
"Filem Kegemaran Malaya dan Indonesia" - Antara Senyum Dan Tangis
"Pelakon Kegemaran Malaya dan Indonesia" - P.Ramlee
  • Majalah Filem dan Sukan Utusan Malaya
"Artis Tahunan 1953" - P.Ramlee
"Filem Terbaik" - Hujan Panas
  • Radio Malaya
"Penyanyi Lelaki Terbaik" - P.Ramlee
1956
  • Festival Filem Asia ke-3 Hong Kong
"Skor Muzik Terbaik" - P.Ramlee
"Pelakon Pembantu Wanita Terbaik" - Zaiton bagi Hang Tuah
  • Majalah Bintang Singapura
"Seniman Terbaik" - P.Ramlee
"Pengarah Terbaik" - P.Ramlee
"Penggubah Terbaik" - P.Ramlee
"Penyanyi Terbaik" - P.Ramlee
"Filem Terbaik" - Semerah Padi
"Filem Kedua Terbaik" - Anakku Sazali
"Pengarah Kedua Terbaik" - Phani Majumdar bagi Anakku Sazali
"Pelakon Wanita Terbaik" - Saadiah Baharom bagi Samerah Padi
  • Majalah Filem dan Sukan Utusan Malaya
"Filem Melayu Terbaik" - Penarik Beca
"Pengarah Terbaik" - P.Ramlee
"Seniman Terbaik" - P.Ramlee
"Lagu Terbaik" - Inang Baru dari Penarik Beca
1957
  • Festival Filem Antarabangsa Berlin
Terpilih untuk Tayangan - Hang Tuah
  • Festival Filem Asia ke-4 Tokyo
"Pelakon Lelaki Terbaik" - P.Ramlee
"Pelakon Kanak-kanak Terbaik" - Tony Castillo bagi Anakku Sazali
1958
  • Festival Filem Asia ke-5 Manila
"Fotografi Hitam Putih Terbaik" - Abu Bakar Ali bagi Sumpah Orang Minyak
  • Majalah Kisah Bintang Dan Filem Malaya
"Seniman Terbaik" - P.Ramlee
"Filem Terbaik" - Sumpah Orang Minyak
"Lagu Kedua Terbaik" - Tudung Periuk dari Sumpah Orang Minyak
1959
  • Festival Filem Asia ke-6 Kuala Lumpur
"Filem Komedi Terbaik" - Pendekar Bujang Lapok


1960
  • Majalah Gelanggang Singapura
"Filem Paling Popular" - Pendekar Bujang Lapuk
"Fotografi Hitam dan Putih Terbaik" - Nujum Pak Belalang
  • Majalah Bintang Singapura
"Filem Kegemaran" - Pendekar Bujang Lapok
"Pengarah Kegemaran" - P.Ramlee
"Fotografi Hitam dan Putih Terbaik" - Abu Bakar Ali bagi  Nujum Pak Belalang
"Seniman Teratas" - P.Ramlee
"Lagu Kegemaran" - Jangan Adik Angan-Angan dari Musang Berjanggut
  • Festival Filem Asia ke-7 Tokyo
"Filem Komedi Terbaik"  -  Nujum Pak Belalang

 

1962
  • Festival Filem Asia ke-9 Tokyo
Pencalonan bagi "Filem Komedi Terbaik" - Seniman Bujang Lapok
  • Darjah Kurnia Seri Paduka Baginda Y ang di-pertuan Agong Tuanku Syed Putra Jamalullail
"Ahli Mangku Negara" - P. Ramlee A.M.N.
1963
  • Festival Filem Asia ke-10 Tokyo
"Fotografi Hitam dan Putih Terbaik" - Abu Bakar Ali bagi Ibu Mertuaku
"Bakat Paling Pelbagai" - P.Ramlee
1964
  • Festival Filem Asia ke-11 Taipei
"Filem Komedi Terbaik" - Madu Tiga
1965
  • Festival Filem Dunia Paris
"Anugerah Khas" - Ibu Mertuaku