Sabtu, 19 Mei 2012

                      HaRi BahaGia Ayah dan Ibu...^_____^

hai kawan-kawan, berjumpa lagi dalam memori lalu...
dalam setiap perkahwinan mesti ade tarikh yang bersejarah dalam hidup contohnya, apabila melahirkan cahaya mata yang pertama dan seterusnya, ulangtahun perkahwinan,.....
tapi, tarikh ulang tahun perkahwinan adalah tarikh yang paling diingat dalam sebuah perkahwinan...
betul ke tidak saya tak tahu, sebabnya saya pon tak kawin lagi heheheh...
sempena ulang tahun perkahwinan ayah dan ibu yang tak lame lagi iaitu 3 jun, bulan depan kot...
tak tau lagi nak bagi hadiah ape emmm...
di kesempatan ini faha nak cite sikit mengenai
Sejarah percintaan baginda Nabi Muhammad saw dengan Siti Khadijah telah banyak memberikan inspirasi kepada umatnya.
Dengan mengikuti, memahami dan menghayati kisah cinta baginda, kita dapat pelajari banyak perkara yang akan menjadi sumber kekuatan kita dalam melayari hidup sebagai hamba-Nya. Antara pengajaran besar yang dapat kita pelajari ialah...
  1. Bagaimana Siti Khadijah menjaga maruah diri dan memartabatkan dirinya dengan menjadi usahawan yang berjaya. Gambaran ini jelas menunjukkan bahawa wanita seharusnya berusaha menjadi insan yang dihormati dan berjaya dalam kehidupannya. Siti Khadijah tidak bergantung kepada orang lain untuk mendokong dirinya tetapi kepada perniagaan yang dibinanya sendiri.
  2. Meskipun Siti Khadijah seorang yang baik hati dan rupawan,  beliau juga pernah diceraikan suaminya. Kenapa Allah memilih wanita bergelar janda ini sebagai isteri kepada manusia no.1 paling hebat di dunia dan akhirat? Tentulah ada hikmah disebaliknya. Ramai janda yang merasa hina dan malu dengan statusnya tetapi Allah telah lama memuliakan mereka dengan kisah percintaan dua insan hebat ini.
  3. Jika seandainya wanita hari ini punyai rupa, harta dan kekuatan pada bangsanya maka Siti Khadijah terlebih dahulu memiliki semua itu. Beliau sering dilamar oleh pembesar Quraisy yang sanggup membayar berapa pun mas kahwin yang diminta tetapi Khadijah menolaknya dengan halus dan baik. Beliau bukan seorang yang gilakan harta.
  4. Siti Khadijah melamar Rasulullah. Sejarah ini sering dijadikan hujah oleh para ulama dan ustaz yang ingin memperbetulkan kesalahan tanggapan masyarakat yang menyatakan wanita tidak boleh melamar lelaki. Seperti kata peribahasa melayu ‘Mustahil perigi mencari timba!’. Hal ini tidak benar. Jika kamu menemui seorang lelaki yang soleh dan terbuka hati untuk mempersuamikannya, maka segeralah melamarnya sebelum terlewat.
  5. Rasulullah tidak berharta tetapi berakhlak mulia, amanah, taat dan punyai kehormatan diri yang tinggi. Sejarah ini menggambarkan kepada kita bahawa tidak semestinya lelaki yang tidak berharta itu hina berbanding lelaki kaya. Mulia pada hakikat sebenar terletak pada akhlak dan agama seseorang. Namun itu bukan bermaksud lelaki perlu menjadi miskin untuk menjadi semulia Rasulullah. Kita perlu berusaha, dan rezeki itu ditangan Allah.
Banyak lagi sebenarnya perkara yang boleh kita diceritakan tentang sejarah kisah cinta 2 insan agung ini. Bagaimanapun cukuplah setakat ini sahaja coretan memori lalu untuk kali ini. Semoga coretan faha pada kali ini kan memberi manfaat pada anda semua....





ini gambar ayah dan ibu yang tersayang  masa ulangtahun perkahwinan yang ke 21 diaorang tahun lepas...
ni jew yang faha n adik2  mampu nak sambut...
tapi tahun ni x tau lagi nak wat suprise ape...
semoga perkahwinan ayah dan ibu berkekalan hingga ke akhirnya...AMIN!! ^____^






Tiada ulasan:

Catat Ulasan